Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Rabu, 24 Disember 2014

Perjalanan Pena Semalam...

Semakin Jauh langkahan perjalanan
Semakin Jauh pengalaman menebar di dada
Semakin berkali jatuh bangkit pahit manis dugaan
Semakin tabah hati belajar menerima
Semakin jauh cuba kita kejar sesuatu penuh kemusyikilan
Semakin berlutut merangkak tiada makna usahanya

Lapangkan dada sirnakan hati resah dan susahmu
Bangkitkan tuju perjalanan arah mentari terang
Disebaliknya harapan dan semangat baru menunggumu
Jejak lama pastinya bersama iringan bayang
Untukmu nilai ketinggian iman dan ketenangan hatimu
Percayalah Tuhan masih ada sinar terang

Biarlah masa bersama perjalanan semalam
Biarlah pena sepi tuliskan diari kenangan
Biarlah deretan kata bukti kematangan sumber ilham
Biarlah bayang pantulan cermin nilaikan sesebuah kekuatan
Biar sedar dan gagah harungi liku asam garam
Biar karya pena bukti gahnya sesebuah tulisan


Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
24122014

Tiada ulasan: