Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Khamis, 4 Disember 2014

Lolongan kota...

Ada apa pada akal
Dungu mengheret minda
Sekawah hati keldai jadi santap
Ada apa pada iman
Amarah disimbah minyak
Terbakar satu ladang jiwa
Sesakkah nafas kota
Bila tersusunnya kura-kura lintas
Atau tersadaikah jiwa
Bila ngauman suara lolongan
Katakan diri dalam susunan kiub
Bahawa Sang gembala
Betul pada kawanannya
Nah persetankan bahasamu
Sabar bicara budimu
Warga kota tumpang lalu
Berpaut hakiki nilai insani

 

Tiada ulasan: