Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Ahad, 7 Disember 2014

Sepi dirimu....

Kelu lidahku katakan
Bahawa aku benar-benar merinduimu
Saat kita kongsi masa bersama
Takkan semalam hilangkan kenangan
Bila hadirmu singgah bak dingin salju
Cairkan hati selamanya terasa
Adakah ini dinamakan cinta
Bila jauh dirindu-rindu
Bila dekat malu bersapa
Diammu menyimpan pertanyaan
Lari dirimu persoalan membisu
Atau hanya aku rindu pada bayangan sahaja

Tiada ulasan: