Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Khamis, 18 Disember 2014

Sembunyinya Lembaran kertas pada Pena...



Sesekali persoalan datang menerpa mimpi
Dajalkah kata kesumat lama jadi benci
Atau tiada lagi bicara naluri hati
Sehingga hadirnya pena sepi kembali
Lembaran kertas jauh lari bersembunyi
Menyisipkan diri pada ruang rak hati diri

Mengapa masih tiada bicara lagu dulu
Sedangkan notasi muzik masih terbentang hamparannya
Menunggu ungkapan kata lagu terbangkan bunyi merdu
Bawakan irama kejutkan malam hati pemuitisnya
Atau lembaran kertas sunyi kerana lama rasanya dibelenggu
Atau Pena sepi tidak khabarkan ilham pagi salamkan katanya

Seakan penantiannya ghaib bersama siri masa
Atau sudah lupakah kertas pada sahabat penanya
Dulu seakan bayangan pantulan saling melengkapkan kata
Menarikan aksara mengikut irama merdu jiwa rasa
Masihkah ada lagi resah lembaran kertas tidak menyapa
Atau tiada lagi madah pemuitis pembuka bicara pena



  

Tiada ulasan: