Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Khamis, 11 Disember 2014

Mutiara Kata...



Mutiara Kata - Manusia kini memerlukan sains lebih daripada agama.
Mutiara Kata - Tiada guna menjerit ketika kesusahan sekiranya kita pernah bercakap besar suatu masa dahulu.
Mutiara Kata - Lebih baik mati daripada hidup di dalam ketakutan - AESOP.
Mutiara Kata - Percakapan adalah ubat kepada kemarahan - AESCHYLUS.
Mutiara Kata - Serahkan fikiran kepada Tuhan dan tangan kepada kerja - Sami Omkar.
Mutiara Kata - Masalah bukanlah apa yang kita fikirkan tetapi apa yang kita lakukan.
Mutiara Kata - Membaca tanpa penghayatan umpama makanan tanpa rasa.
Mutiara Kata - Ketakutan lebih merbahaya daripada senjata - AESCHYLUS.
Mutiara Kata - Bodoh lebih merbahaya daripada kesilapan.
Mutiara Kata - Jangan cuba mencabar alam kerana ia boleh membunuh kamu dengan mudah sahaja - LOUIS AGASSIZ.
Mutiara Kata - Jangan bercakap langsung sekiranya mulut anda biadap.
Mutiara Kata - Tuhan sendiri tidak dapat mengubah sejarah - AGATHON.
Mutiara Kata - Manusia adalah makhluk yang berotak manusia dan berhati binatang.
Mutiara Kata - Emas dan kekayaan - penyebab utama peperangan - CORNELIUS.
Mutiara Kata - Lebih runtuh kerajaan sesebuah negara, lebih ringan undang-undangnya - CORNELIUS.
Mutiara Kata - Terimalah hakikat bahawa keamanan sentiasa mengundang perpecahan - CORNELIUS.
Mutiara Kata - Manusia yang melakukan dosa adalah hamba kepada dosa itu.
Mutiara Kata - Wira kepada sesebuah cerita adalah kebenaran.
Mutiara Kata - Kemanusiaan yang baru akan dilahirkan selepas peperangan - LEON THOTSKY.
Mutiara Kata - Lebih dekat kita melangkah ke dalam medan perang, lebih dekat lagi kematian mengekori kita - LEON TROTSKY.
Mutiara Kata - Maut bercakap dengan askar yang penakut - LEON TROTSKY.
Mutiara Kata - Seseorang yang ingin berlagak bijak haruslah berdiri di kalangan orang bodoh, kerana dia akan nampak bodoh sekiranya di kalangan orang cerdik.
Mutiara Kata - Perkahwinan lebih banyak membawa kepada penderitaan daripada kebahagiaan.
Mutiara Kata - Sekiranya anda mahu sesuatu dikatakan, tanyalah lelaki. Sekiranya anda mahu sesuatu dilakukan, tanyalah wanita - Margaret Thatcher.
Mutiara Kata - Orang bijak perlu dilahirkan, tetapi tidak perlu diajar.
Mutiara Kata - Akal adalah seperti payung terjun. Ia tidak akan berfungsi sekiranya tidak dibuka.
Mutiara Kata - Tidak guna memberi nasihat sekiranya anda tidak faham erti nasihat itu sendiri - Jean Luc Aeumont.
Mutiara Kata - Orang yang jujur adalah rekaan Tuhan yang terunggul - Alexander Pope.
Mutiara Kata - Suami membuat tempat tinggal. Isteri membuat keluarga.
Mutiara Kata - Luka yang teruk boleh dirawat. Nama yang teruk boleh membunuh.

Tiada ulasan: