Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Selasa, 9 Disember 2014

Tamatnya perjuanganmu Pahlawan...

8 April 1954...
Lahirmu diselaputi darah pahlawan
Diusapi isteri Iban Tracker
Dibesar anggota Sarawak Rangers
Talian dijunjung sulung penuh hormat
Tulus wajahmu menyimpan harapan
Turuti darah yang mengalir
Meronta hati keperlawananmu
Ligat putaran roda hidup
Ranjau liku sudah kau tempuh
Disiplin didikmu jadikan dewasa

15 Jun 1972...
Gagahmu dalam Border Scout
Berani darah takkan pantang undur
Platunmu disebut tumpaskan komunis Nun hujung sempadan gah bertempur
Anak isteri akur bekalkan doa
Buat suntik semangat di rimba
Pasrah pada tugas pertahankan negara
Tidak ada Malaysia gah waktu ini
Tidak dibangga bila tidak aman
Pengorbanan...adakah mata yang memandang
Pertempuranmu adakah jiwa yang kenang
Disember 2014...
Tiga puluh dua tahun dalam perkhidmatan
Tidak pernah dirimu mengeluh
Tiada kekesalan tugas dipertahankan
Pastinya tiada siapa berani
Nyawa digadai ajal dipertaruhkan
Kini menanti tarikh keramat
Tamatnya darah pahlawan itu
Seragam bersangkutan tanda tamat juang
Ada apa pada kebimbangan
Negara kita sudah aman
Warisanmu pula penyambung titian
Berbakti pada tanahair tercinta
Takut apa pada sejarah lampau
Tempur kepung tanpa mundur
Selagi nyawa tidak melayang
Selagi juang terus menentang
Pada ketika ini....
Tergantung Anugerah Perkhidmatan Terpuji
Terpaparnya Anugerah Perkhidmatan Terlama
Setimpalkah dengan keringat lampau
Hanya unggas rimba mampu beritakan
Hanya jeram sungai berikan jawapan
Kedutan raut wajah jelas tergambar
Puaskah diri sepanjang perjalanan
Mampukah diganti memori pahit pertempuran
Pastinya ranjau itu sukar dilupakan
Bongkar kisah tulis riwayatnya
Buat kenangan semangat pahlawan
Penyambung warisan sepanjang zaman

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salute!!! the my great warrior.Dari Border scout(Pengakap Sempadan).Diserap ke Polis Tambahan dan menjalani latihan di PULASIOL kuching.Dari tugas-tugas am ke CID, rondaan dan akhir sekali ke Pasukan Polis Marin.Tanpa Warrior ini siapalah Pena Sepi@Aki Manang Remaung pada tika dan saat ini.God Bless my parent...My Bloodbrother...my family..relatives... friends..and all of you