Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Ahad, 21 Disember 2014

PUISI MUTIARA KATA

"Melepaskan sesuatu perkara yakninya bukan milik kita adakala memberikan hikmah dan kebahagian kepada orang lain.Biarpun terasa payah melepaskannya.Pastinya ia merupakan perkara yang terhebat anda lakukan."

" Kadang-kadang kita tidak jangkakan atau tidak tahu cubaan dan dugaan datang dalam hidup kita.Kekadang ia indah dan buruk bagimu.Kena bersedia dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya dan bukan mencari masalah atau menambahkannya lagi.Tiada satu jalan yang paling singkat melainkan dirimu sendiri berbekalkan iman,pengharapan dan kasih untuk selesaikannya.Pasti ada jalan keluar bagi setiap masalah yang datang.Percayalah."

"
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu"

"Kadang-kadang mimpi indah itu mengasyikkan kita malah melalaikan kita.Hanyut dan alpa dalam ruang mimpi.Kita akan sedar bila mimpi itu tetap mimpi takkan digapai tangan dan ia bukannya realiti" 

"Amat payah memaafkan orang yang pernah mengguris dan melukakan hati anda.Sebenarnya amat hebat dan mulia diri anda memaafkannya bila ketika dalam keadaan marah.Jalan terbaik adalah berdiam dan maafkannya." 


MUTIARA KATA

Kata-kata
beri semangat
kita kuat
kita ingat
amanat

Kata-kata
seakan mutiara
memutar akal minda
bila ingin bicara
ingat lidah tidak bercabang dua
nanti dusta

Kata-kata
pesanan terindah
kita jadikan masa lalu sejarah
agar kita semakin tabah
pasrah dalam lelah

Kata-kata
bekalan ingatan
panduan di masa hadapan
bila mengatur langkah kehidupan
kita tidak lupa Tuhan


Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah   

Tiada ulasan: