Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 26 Januari 2015

TONGGAK SKUM 2015

Inilah barisan kami
SK Ulu Muanad gah namanya
1Malaysia pendukung budaya
Pepenjuru tempat datangnya anggota
Budaya keluarga diterapkan
Yang tua dihormati
Yang muda disayangi
Sama susah sama senang
Sama berat sama ringan
Siapsiaga menggalas cabaran
Demi anak bangsa tercinta
Demi capai kejayaan gemilang

Misi dan visi jadi panduan
Ukuran pencapaian kami usahakan
Sama mendaki tangga kejayaan
Sama mengharungi lurah yang sukar
Sama menuruni rimba menghalang
Tidak pernah gentar
Tidak pernah mengalah
Biar halangan mendatang
Bersama mengharunginya
Inilah kekuatan kami
Mengerah keringat untuk anak didik
Bukan nama yang dipinta
Bukan ganjaran jadi rebutan
Ikhlas dalam perjuangan
Menggerak jentera tekun bekerja
Menjadi contoh menjadi teladan
Biar apa jua keadaan
Tetap bersatu menjayakan agenda

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
26012015
5.00 pm

Tiada ulasan: