Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 26 Januari 2015

PENA SEPI

Aksaraku melambai tari
Gemalai mengikut rentak hati
Deretkan tulisan puisi
Ratusan kertas jadi bukti
Ilham pujangga luahan diri
Minda hati bertaut lagi
Tak henti ilham ini
Tak habis akal digali
Tak kering idea disini
Tintakan pena dalam sepi
Mencari lagu dalam mimpi

Tersusun kalimat indah
Ornakan bayangan kamar sejarah
Biar hilang seribu wajah
Biar khayal pujian madah
Biar teguh syair dikisah
Pasti jiwa tidak akan lelah
Pasti tersentuh pencetus wadah
Pasti kawah hati tidak resah
Biar musim cinta ini menjadi kisah
Karya penaku pasti akan berubah
Pena sepi berpuisi harapan
Menongkah bawah akar hidupan alam
Merangkak mencari ilmu titian
Tidak lelah cuba gapai impian ilham
Menjadikan Tuhan sebagai pedoman
Kala hidup belum sampai senja malam
Menghulu sungai menaiki jeram ilham
Menghilir sungai menyusun rakit kata
Menganyam idea menyimpulnya dalam
Memahat hati mengimpal idea
Terukirnya kisah kehidupan semalam
Sebagai perkongsian sahabatnya setia

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
24012015
6.24 pm

Tiada ulasan: