Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 26 Januari 2015

MUSIBAH INI

Sekali lagi awan menangis
Sekali lagi hitam orna awannya
Burung mulai resah alam ini
Adakah angin monsun mulai berubah
Menyongsang arah menukar musim
Atau alam mulai marah dengan kita

Salahkan siapa musibah ini
Sekawah danau hati merintih
Pada saat hati mulai tenang
Gelombang kedua menghempas badai
Sekali lagi mengalirkan air lumpur
Kuning keruh tidak tenang alirannya
Gundahkan hati penduduk kota
Tebatan banjir telah gagal
Peparitan mulai tenggelam
Marahkan alam marahkan Tuhan
Lupakah kita sang Pencipta
Marahkan orang Pemimpin
Mampukah dia tunaikan semuanya
Marahkan diri sendiri
Tepuk dada tanyalah selera
Apa yang telah kita buat
Sehingga Tuhan mulai murka
Musibah ini melanda lagi
Redhalah akan suratan dan ujianNya
Untuk kuatkan hati terus mendekatiNya
Untuk ubah sikap diri
Bersujud berlutut rendahkan diri
Kembali sedar kewujudanNya
Kembali berdoa serahkan segalanya
Bahawa Tuhan sentiasa dihati kita

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
22012015
8.05 pm

Tiada ulasan: