Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sabtu, 10 Januari 2015

Tidurlah...

Tidurlah sayangku
Biarkanlah diari semalam berlalu
Lupakan kecewa tangisan sendu
Bisa resahkan hatimu
Lelapkanlah mata
Biar mimpi bawa derita
Merentasi mimpi masa
Pasti bangunmu hilang semuanya


Tidurlah rinduku
Lenalah kau beradu
Anyamlah mimpi indahmu
Lupakan kisah semalam berlaku
Siang pasti tiba
Semangat pasti membara
Bila aku ada bersama
Singkirkan kesakitan yang ada

Tidurlah cintaku
Biar pari-pari hadir dalam mimpimu
Ceritakan pelangi indah buatmu
Agar bisa keringkan airmata rindu
Biar esok baru semuanya
Lupakanlah segalanya
Kerana ada impian gembira
Kerana ada harapan buat mu ceria


Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
31122014

Tiada ulasan: