Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 26 Januari 2015

KAULAH PENGHARAPANKU

Tatkala ku menjauh
Menyimpang dari jalanmu
Ku tak kenal Tuhan
Ku tak kenal diri
Ku hanyut dalam khayalan
Khusyuk dengan hal duniawi

Tatkala ku dibuai mimpi
Berkali terjatuh dan mencuba
Berkali tersungkur seakan tiada harapan
Tuhan tak pernah tinggalkanku
Tuhan tak pernah mengalah mendekatiku
Cuba sedarkan
Cuba buatku kembali
Cuba kuatkan kakiku berdiri
Cuba untuk gagahkan hati
Bila mana tiada jalan
Tuhan luaskannya untukku
Bila manaku tersesat
Tuhan teguhkan imanku
Bila mana diriku dengan duniaku
Tuhan cuba kembalikanku bersamanya
Bersujud ku berdoa
Serahkan segalanya
Tuhan berikanku kekuatan
Hadapi ujian ini
Tempuh dugaan ini
Kembali kuat seperti dulu

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
22012015
1.04 pm

Tiada ulasan: