Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Khamis, 29 Januari 2015

SI MERAH HATIKU DI HARAJUKU

Ufuk mentari timur
Membawaku jelajah mimpi
Mentari merah terbenam
Menenggelamkam berat kawah hati
Pada anganan minda
Mampukah ku kesana
Harajuku melambaiku
Memesan rindu pada angin lalu
Adakah maya talian ini bersatu
Menyatu dua hati
Sempadan laut cinta

Terpesona pada kecantikan
Geisha merah samurai pedang
Menghunus tembus lembut hati
Merantai jiwa melambai rindu
Ayu persis bidadari
Sopan adat tradisi lama
Meresapi sempadan budaya
Kekalnya cinta geisha
Merah hati segar wangian
Bisa buat hati tertawan
Luluhnya jiwa tidak keruan
Biar mimpi temukan mentari rindu
Tinggalnya hati pada tempat ini
Harujuku dalam penantian
Sampai kapan adakah jumpa
Bersua muka soalnya bila
Si merah hatiku rindu
Tertinggalnya cinta alam maya
Biarku bina tugu cinta
Biarku bina taman bunga kasih
Lambang tautan hati
Samudera cinta bersemi selamanya

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
28012015
3.51 pm

Tiada ulasan: