Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 26 Januari 2015

C.I.N.T.A


Cinta ibarat nyanyian tarikan alunan
Cinta ibarat noktah dalam aksaraku
Cinta ibarat naluri tenggelami asmara
Cintamu ibarat nyawa temani aku

C...Cuba pejam matamu ingatkanku
I...Inginku hadir ke dalam hatimu
N...Noktah cintaku belum berhenti
T...Tanpamu sesaknya jiwaku
A...Aku sepi ingatkan kamu
Cintaku itu nota tulisan abadimu
Cintamu itu nyata terhadap aku
Cinta itu nukilan teguh agungnya
Cintamu itu nanti terangi aku

Pena sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
20012015
4.57 am

Tiada ulasan: