Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Khamis, 29 Januari 2015

LANGKAH

Langkah kanan tersusun
Langkah kiri sumbang
Kekadang langkah yakin
Kekadang langkah longlai
Melangkah biar gagah
Melangkah jangan gundah
Seribu langkah cerita kisah
Bermula dengan setapak langkah

Langkah terus maju
Pantang berundur jemu
Langkah biar cermat
Bekalan buat azimat
Langkah jangan mengalah
Punah diri jadi pasrah
Langkah dengan rela
Nanti jiwa akan redha
Langkah biar pasti
Buat diri bermotivasi
Melangkah dengan sopan
Budi dikenang sepanjang zaman
Melangkah jangan rapuh
Buat akhlak jadi runtuh
Melangkahlah dengan sabar
Pedoman iman menjadi penawar

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran , Sabah
28012015
11.00 am

Tiada ulasan: