Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 26 Januari 2015

HATI BERBUNGA DURI MENYIKSA

Semakin
Relung jiwa ini
Diisi dengan kekosongn rasa
Disirami benih-benih cinta suci
Semakin banyak bunga duri tumbuh
Menusuk dan menghancurkan
Setiap sukatan inci nyawa
Biar saban hari cuba
Pertahankan mekar
Segar kasih pasti
Racun duri
Menanti

Pemilik jiwa rasa indah
Kerana tumbuhnya bunga
Pemilik hatinya rasa wangi
Kerana harum segarnya
Pemilik rasa bahagia
Kerana subur laman asmaranya
Namun...
Tanpa sedar
Bunga yang tumbuh itu
Adalah duri yang menjadi
Pembunuh senyap memakan jiwa
Pasti hancurkan akar hati
Pasti racuni kelopak
Kuntum berseri
Jeratnya duri
Bunga ini

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
16012014
11.35 p.m

Tiada ulasan: