Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Khamis, 29 Januari 2015

LADA MERAH

Seakan ketagih nafsu membuak
Merah nyalanya menggiurkan
Pantang seakan rakus haloba
Degil kuasai lidah rasa jiwa
Pedas tapi sedap
Panas aura merubah wajah
Tawar bila tiada
Semakin pedas lada dimakan
Semakin sedap
Semakin menyelerakan
Seakan penyakit berjangkit
Dua kali lima gaya serupa
Jangan tegur kalau tiada
Selera hilang tiada tambahnya

Simboliknya pada kehidupan
Semakin dibuat semakin gian
Katakan tidak tapi dibuat
Sudah lumrah sudah kebiasan
Seakan cinta bertaut rahsia
Katakan tidak tapi rindu
Seakan tidak mahu berenggang
Seakan penyakit selingkuh
Katakan tidak tapi buat
Seakan hati berulam sambal
Pedas tapi buat
Sedap tapi sakit
Sudah biasa jadi bicara
Peneman sepi tatkala hiba
Lada resepi kehidupan
Bertaut rapat akar jiwa manusia
Semakin khusyuk dalam beribadat
Pahala Tuhan pasti kita dapat
Semakin diri merubah tingkah
Tenang damai dalam amalan
Semakin hati insan budiman
Moleknya akhlak bertambah iman
Sesedapnya lada merah cinta
Cinta kekal hanyalah Tuhan
Sesedapnya lada merah kita
Mengikat cinta membara
Memanaskan dapur hati jiwa
Selamanya lada merah itu jadi cintaku

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
28012015
5.22 pm

Tiada ulasan: