Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 26 Januari 2015

ILMU PENGASIH


Syirik
Syaitan
Iblis kuasaimu
Tak dapat milikinya
Kau paksa jasadnya milikmu
Berhala kau sembah lupakan Tuhan
Terdesak untuk miliki hati tak tenang
Sengsarakan mata hati mangsamu
Menyusuknya hempedu hati mati
Tanpa Tuhan hilang pedoman
Tanpa Tuhan buta matamu
Tanpanya jalan Tuhan
Syaitan kuasaimu
Syaitan ketawa
Girang

Duka
Sengsara
Batin mangsamu
Puaskah hatimu nanti
Kau megah ketawa bangga
Mangsamu tersiksa jiwa merana
Mangsamu terbayang jelmaan paksa
Inikah yang dirimu mahu pengecut
Lekatnya mangsa ilmu pengasih
Membuat dia menjadi kekasih
Senangkah hatimu nanti
Relakah hati murninya
Dicemari ilmu dirimu
Pengasih durjana
Tunduknya dia
Ibarat tugu
Patung
Bodoh
Pengecut
Kejam sikapmu
Bertobatlah sahaja
Dirimu menang hari ini
Esok azab neraka membakar
Menyiat isi kulit kepanasan dosa
Bertobatlah sebelum terlambat waktu
Kembalikanlah jiwa sucinya semula
Jadilah dirimu anak jantan berani
Buktikan diri leluhurkan cintamu
Pasrah jika ditolak permintaan
Bangkit semula dalam carian
Berdoa untuk jodoh cinta
Berserah ketentuanNya
Redha dan bertaqwa
Cari jalan terangNya
Ilmu pengasihmu
Buangkanlah
Bertobat
Berdoa
Akur

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
24012015
5.22 pm

Tiada ulasan: