Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 26 Januari 2015

MIAU MANJAMU

Tiada sudah suaramu
Manja meminta kasihan
Tinggal jejak kaki jadi tanda
Tinggal bekas longgokan tanah
Dalam perut bumi menyendiri
Tiada dunia ini lagi

Tiada sudah garangmu
Mencengkam geram mainanmu
Tinggalkan tangis sendu hati
Buat si anak kecil rapat denganmu
Tahu makna kehilangan
Penggantimu belum pasti sepertimu
Comel gaya dalam kenangan
Setiap langkah sudut
Masih segar jalanan kakimu
Gegarkan teratak kayu ini
Kehilangan sebakkan jiwa
Miau manjamu telah tiada

Pena Sepi@Ali Manang Remaung
Beluran, Sabah
20012015
7.57 pm

Tiada ulasan: