Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sabtu, 10 Januari 2015

Realiti atau fantasi bayangan...

Jelmanya bayangan diri
Pantulkan realiti hidup
Biaskan fantasi mimpi
Atau personaliti diri tersembunyi
Terserainya imej misteri
Yang pasti tidak dimengerti
Pada akal minda intelektual manusia
Kekadang sukar tafsiran fikiran
Bila terbongkar realiti sifatnya
Kekadang cantik luaran
Tidak pada dalaman jiwanya
Kekadang tulus pandangan
Simpan amarah penuh dendam
Kekadang tenang sungai wajahnya
Berkocak berapi panas baranya
Diam banyak maksud tersimpan
Tawa segunung misteri jawapan
Ikhlaskah pada peribadi diri
Antara iman dan dosa
Bertembung sangsi jiwa bersalah
Antara mahu dan tidak
Antara baik atau buruk
Pastinya pantulkan bayang
Persoalan mencapah minda
Tanyakan kesempurnaan diri
Bangkit tafsir makna bayangan
Ada apa pada semua cerminan hidup
Bila diri sendiri celaru fikir
Lambat tafsir bayang
Masa membawa kita berlalu pergi



Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Kota Kinabalu, Sabah
30122014

Tiada ulasan: