Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Khamis, 29 Januari 2015

Delusi atau Ilusi

Jauh pandangan kabur
Tewas pada samar mata pandang
Mayakah gambaran optik
Bila kelirukan minda hati
Atau delusi disalah erti tafsir
Ilusi dan halusinasi kuasai jiwa
Tertipukah mata hati jiwa
Justifikasi membuta tuli
Menyalahkan gambaran personaliti
Seakan khayal silapkan anak mata
Perspektif unjuran jadi paksi
Perlukah kanta besar melihat zarah
Bila realiti jelas kelihatan
Perlukah kelirukan hati
Bila menyongsang mimpi ilusi
Singgah pening menghayati
Bagai menjemput bingkai gambar
Agar bisa meneman tatkala sepi
Walhal tiada makna untuk bangga
Bila ilusi bayang sukar ramal
Bila mata butakan diri
Sengaja diam kaku
Tanpa lihat terpampangnya hamparan
Kotak katikkan perasaan
Masihkah ada ilusi lagi
Jika awan hati masih sangsi
Bezakan tafsiran minda
Pelbagai jawapan berlegar teka
Pastinya unik pada gambaran manusia


Pena sepi@ Aki Manang Remaung
Beluran,Sabah
27012015
11.55 pm

Tiada ulasan: