Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 26 Januari 2015

ILUSI

Ilusi
Keliru minda
Butakan mata hati
Seakan delusi berkuasa
Realitikah maya fikir minda
Amati sedalamnya optik ilusi
Bohongkah mata apabila disalah erti
Ragukan personaliti alam maya ini
Perdayakan garisan simpangnya
Benarkah fikiran batasi minda
Bongkar serampang waras
Relanya dalam khayalan
Ilusi bukan delusi
Beza ertinya

Indah
Seakan benar
Seakan gugat akal
unsur takut dan cemas
Kekadang warnanya keliru
Menyimpang batas faktanya
Kekadang harapan mendatang
Menginspirasikan semangat waja ini
Kekadang terlihat meraungnya gunung
Menjajarkan muntahan lava merah
Tetapi ertinya bezakan tafsiran
Percikan api sinaran malam
Kekadang seakan realiti
Tidak pada lihatmu
Ya pada mataku
Kelirunya ilusi
Terpedaya

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
18012015
9.02 p.m

Tiada ulasan: