Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Ahad, 30 November 2014

Suara Pemuitis Rindu...

Setiap bait tuturmu
Deretan kata nuranimu
Terharu sayu hati di kalbu
Mata melirik tiap bait aksaramu
Membongkar satu persatu isi hatimu
Bicaramu pasti dalam ingatanku
Kukuh ku simpan dalam peti ingatan
Ku kunci buat bekalan azimatku
Pastinya takkan hilang dek waktu
Jika dunia mencabut nyawaku
Tiada lagi rahsia membisu
Tiada lagi sembunyi topenganku
Bila sudah kau belah dadaku
Bila sudah bongkar personalitiku
Tiada persoalan bersongsang bisu
Tiada jawapan menongkah tanyamu
Inilah aku sang pemuitis rindu
Tiada ku sembunyikan perasaanku
Bahawa sampai kapan bertaut rindu
Ku rangkumkan menjadi satu
Buat apa pada bisu
Bila mulut melambai kata
Bila hati meronta ronta
Inilah suaraku pemuitis rindu

Tiada ulasan: