Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 24 November 2014

Di Suatu Petang Selepas Hujan...

Di suatu petang selepas hujan...
Kuntuman bunga mekar segar harum kebasahan
Hatiku tenang nantikan malam bulan
Puitiskan lagu syahdu
Buat dirimu di kejauhan
Di suatu petang selepas hujan...
Tangkai hatiku segar basah kedinginan
Kelopak bunga riak riang selepas hujan
Menyentuh hati dalam kerinduan
Melenyapkan pandangan membuka rentetan ingatan
Di suatu petang selepas hujan
Kicauan burung turut bersahutan
Unggas rimba melagukan irama dalam keheningan
Pastinya nostalgia terimbau dalam lipatan kenangan
Mengembalikan siri masa yang telah lama tersimpan
Di suatu petang selepas hujan
Kelopak bunga mekar tidak akan kelayuan
Bahawa hujan menyirami hati taman
Bahawa tidakkan mati kering kerinduan
Pastinya diinginkan pemuja impian
Menunggu pintu hati membawa sinar harapan
PASTINYA...
Di suatu petang selepas hujan
Hatimu hatiku bersatu dalam kerinduan
Bagai kelopak bunga mekar dalam jambangan
Sama merintih dalam kejauhan
Berpaut kasih wajah tidak kelihatan
Kerana kita tahu petang hujan
Menceritakan kisah erti kerinduan

Tiada ulasan: