Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sabtu, 29 November 2014

Lembah berduri...

Lembah berduri
Kebal kakiku lali tubuhku
Terhantuk pada bandir diri
Bila tersentak jerih batinku
Belukar digali mengharap intan
Lumpur ku dapat jadi sendaan
Bisa aku jatuh
Bisa aku bangun
Manduku bukan wangian
Tempayan cuka jadi sandaran
Kata hati mesti kembali
Kata hati mesti suci
Apa makna ikatan tanpa tali
Apa makna persahabatan kini
Bila gundah hati diri
Bahawa ikatan itu tulus
Bukan senang menongkah arus
Cuma yang bertahan mampu tembus
Apa makna rindu ini
Tafsir bahasa menjadi sangsi
Mampukah ia dimengerti
Sanggupkah berakhir begini
Bila akar hati bertaut rapi
Payah bongkar kalut tali
Bila kehendak serabut minta
Relakan hati penyeri ikatan
Doa teman bekalan jiwa
Biar makna erti perpisahan
Manis gula bersalut madu
Pahit hempedu buat diriku
Ingatan selama ini takkan padam
Bahawa pena sepi takkan berdiam
Mengutar kata pada pengalaman
Hati nurani jadi mainan
Biar kongsi jadi pedoman
Sampai kapan takkan dilupakan
Bahawa sepi membongkar rindu
Tinta berdiri takkan berhenti
Kenang ingatan gurau riang
Adakah kelahiran datang
Agar bertaut rindu bertandang

Tiada ulasan: