Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sabtu, 29 November 2014

Pena Sepi...

Pena Sepi
Bila unggas malam meneman
Bila kicauan burung jadi kawan
Bila ilham datang bertandang
Mulut terkunci tapi jiwa meronta
Membariskan susunan kata tanpa sumbang
Bahawa diksi puisi pilihan tinta
Bisakah hati bertaut minda
Bila sepi mencengkami rasa
Gah pada tarian pena
Kalah pada sepi diri
Biar bisu mulut bicara
Biar rahsia penyair tinta
Bahawa pada pena ini
Takkan berhenti berkongsi mimpi

Tiada ulasan: