Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Ahad, 23 November 2014

Dimanakah Kehidupan Kita Sekarang?

Dimanakah kehidupan kita sekarang?
Seakan ada hilang cebisan hidup kita
Seakan tidak pernah mencukupi bagi kita
Seakan ada kekurangan lagi keperluan kita
Seakan pertanyaan hidup masih silang kata
Miskinkah atau kayakah hidup?
Cukupkah atau sempitkah keperluan?
Adakah kehendak atau keperluan?
Persoalan ini datang bertandang
Dimanakah kehidupan kita sekarang?
Seiringkah dengan perjalanan iman dan taqwa
Ada jiwa yang masih kekosongan
Ada jiwa yang masih tidak tenang
Ada jiwa yang masih resah gundah
Ada jiwa masih rasa kekurangan
Ada jiwa yang masih tertanya
Dimanakah kehidupan kita sekarang
Sekali mendongak ke langit
Takkan pernah melihat ke bawah kembali
Sekali berada di atas
Takkan pernah kisah orang bawah
Sekali sesat dalam harus kehidupan
Takkan pernah kembali ke jalananNya
Mengapa kehidupan dulu jadi bandingan?
Mengapa dulu ramai anak tapi berjaya?
Mengapa dulu tanah sekangkang kera tapi bahagia...
Tiada harta...tiada apa-apa
Tapi senang hatinya
Dimanakah kehidupan kita sekarang?
Sehingga gajet arini pemisah jiwa insan
Alpa dan lalai pemusnah sesebuah ikatan
Tapi tidak takut dengan Tuhan
Pegangan dan amalan kita tinggalkan
Tidak takutkah pada zaman pengadilan
Dimanakah kehidupan kita sekarang?
Tiba masanya minda dan hati serah padaNya
Tiba masanya untuk berlutut dan menyembah
Bahawa iman dan taqwa mampu tenangkan jiwa kosong
Bahawa kita harus sedar untuk menghargai setiap kehidupan
Bagi menjawab setiap persoalan kehidupan
Dimanakah kehidupan kita sekarang?

Tiada ulasan: