Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 24 November 2014

Kau Pergi

Kau pergi...
Matikan sinar mentari
Lenyapkan cahaya bulan hati
Pastinya tiada riak tawa diri
Pastinya hati sunyi sendiri
Selama ini dirimu pelengkap watak opera hati

Kau pergi...
Pastinya resah rindu hati
Pastinya tidak sama lagi
Wajah tak bersua lagi
Hanya angin lalu sampaikan hasrat hati
Penyambung jiwa berjauhan sebegini
Kau pergi...
Membawa hujan hati
Dalam kebasahan sinar pagi
Pastinya wangianmu diingati
Buat haruman kamar hati
Bila mungkin kita kan berjumpa lagi
Kau pergi....
Pulanglah ke pangkuan ini
Disini tinggal seorang diri
Mengharapkan agar bertemu kembali
Pastinya ada rindu lagi
Bertaut pada harapan ini
Kau pergi...
Sesak rasanya hati ini
Terasa hati bagaikan mati
Tak terdaya diri ini
Rindukan kenangan bersemi lagi
Pastinya tertulis kesinambungan diari sepi ini

Tiada ulasan: