Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sabtu, 29 November 2014

Perjalanan Ini...

Perjalanan ini...
Dimanakah hentiannya?
Dimanakah klimaksnya?
Bilakah kita kecapinya?
Lintasan garisan tengah jalan
Masih punya cerita tersendiri
Kisahkan liku-liku hidup
Coretkan diari insani
Pada siri masa perjalanan
Yang pasti ada penghujungnya
Puaskah hati pada apa yang dikecapi?
Atau bersyukur pada ketentuanNya
Atau serahkan perjalanan hidup padaNya

Perjalanan ini...
Antara sedar dan tidur jiwanya
Lalai dan alpa pada duniawi
Atau teguhkan iman pada pengiringNya
Puas sudakah hati?
Bersediakah iman yang dibekalkan?
Bahawa perjalanan itu
Ada hentiannya
Pastinya di setiap hentian itu
Menjanjikan sesuatu yang baru
Dari dirimu yang tentukannya
Bahawa perjalanan itu menjanjikan seribu pengalaman

Tiada ulasan: