Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 24 November 2014

KATA SEMANGAT( PERJUANGANKU)

Aku tidak menunggu kerana tidak diizinkan masa...
Aku tidak menyesal kerana tidak diizinkan kata...
Aku tidak menangis kerana tidak diizinkan mata...
DAN.....Aku tidak mati selagi saluran nafas ku tidak berhenti...


KATA SEMANGAT(PERJUANGANKU)

Indah ayat
buat diriku kuat
bangkit gagah dengan amanat

Kata ini semangat
aku genggam erat
aku cuba berhasrat
bukan untuk menjadi yang terhebat
cukuplah untuk bekalan azimat

Inilah janji keramat
bukan untuk diumpat
kita tengok dan lihat
pastinya aku, kamu dan dia bukan malaikat
kita cuma mencari kiblat dan berkat

Pena Sepi@Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah

Tiada ulasan: