Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sabtu, 29 November 2014

PELAYARAN INI...


Hidup ibarat suatu pelayaran
Setiap perjalanan memeta dunia
Berpaksi kompas petunjuk akidah
Bahawa hidup perlu ditopang Tuhan
Membawa pelayaranmu berjaya
Ingat doa dan zikir bekalanmu
Biar perit pelayaran itu
Siang malam berkais rezeki
Meredah badai ganas menghempas
Seakan hidup bertarung nyawa
Seakan ketentuan hidup ada padaNya
Takut apa pada rintangan
Matikah hidup tanpa pedoman
Mampukah hidup tanpa Tuhan
Bila kita dicuba pada dugaan
Bahawa kisah pelayaran
Hebat pada pelayarnya

 

Tiada ulasan: