Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Khamis, 27 November 2014

Puisi Petikan daripada Pharo Abdul Hakim...

Peta Usia

pabila malam bertandang
dan bintang kian menjauh
pabila aksara terselit disebalik gelita minda
si penyusunnya melamun
melukis deretan kata-kata
menjadi peta
merentas muara usia
dihambat gelora senja

Pena Bahari
27 Nov., 2014

 

Tiada ulasan: