Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sabtu, 29 November 2014

Bertaut Rindu Ini

Kedinginan pagi ini
Camar putih terbang menyanyi
Melintas garisan bayang riak air
Seakan beritahu tujuan ku kesini
Khabarkan hatiku pada indahnya alam
Nun jauh lambaian tanah seberang
Seakan dekat tangan jangkauan capai
Bilakah sampainya nanti
Hatimu hatiku bertaut temu
Masih diriku duduk termanggu
Menyambung ingatan semalam
Pastinya riang singkirkan muram
Berlalunya kura-kura setia kulihat
Membawa beban seakan ketuat
Pasti hidupnya tegal lali
Bahawa pada arus laluan tenang ini
Terbentang luas lautan setia
Menunggu penghuni kota
Yang sebenarnya tak terasing
Nyalakan pelita membina puing-puing
Menerangi kota seberang ini
Kisahkan diari si penyair sepi
Nah...tenangkah hati penunggu mentari
Bila pagi diam menyendiri
Pulang khabarkan rindu
Pada malam sebelumya menanti
Bahawa mentari hari ini
Membawa harapan riang hati
Membisik petang sampaikan rindu ini

Tiada ulasan: