Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 24 November 2014

Lepaskanlah Resahku...

Lepaskanlah resahku
Lepaskanlah segala gundahku
Biar masa bawa ia pergi
Biarkan masa merawatnya
Biar masa tentukan waktunya
Biar Tuhan buka jalanNya...

Yang pasti ku pasti lupakan dia...
Yang pasti ku pasti tak bersama dia...
Yang pasti aku kan kembali
Menjalani kehidupanku seperti pada masa dahulu...
Yang pasti ku buang jauh lipatan kenangan kita
Yang pasti tamatnya cerita kisah kita
Kerana kekuatan Tuhan mampu tabahkan hatiku
Kerana Tuhan berikanku pengharapan
Kerana Tuhan tunjukkanku jalanNya
Mencari SinarNya
Mencari hidayahNya
Mencari kehidupanNya

Tiada ulasan: