Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Isnin, 24 November 2014

Jika Nanti Mataku Terpejam...

Jika nanti mataku terpejam,
jantungku berhenti berdetak,
nafasku berhenti berhembus
 itu ertinya tugasku
telah selesai untuk mencintaimu

Jika nanti aku telah tiada,
Ingatilah aku pernah bersamamu,
Sepanjang liku hidup kita kongsikan
suka duka dalam kehidupan
Bahawa aku tidak menyesal memilihmu

Jika nanti mataku terpejam
Kenangkanlah diari hidup kita
Hargailah siri masa kenangan yang dicipta
Kuburkanlah lipatan kenangan bersama
Bahawa aku bersyukur telah memilikimu

Tiada ulasan: