Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Sabtu, 29 November 2014

Awan Hitam...









Berarak susun bentuk corak warna
Tiada cacat cela pada sang pelukis
Hitam bukan beertinya pilu jiwa
Putih belum menandakan jernih
Bahawa kitaran pusaran awan itu
Menanti pemuitis mengilhamkan lagu Menarikan pena menderetkan kata
Bahawa kontras garisan bumi dan awan
Masing punya cerita terungkai
Bila daratan dan tasiknya tenang
Tenteramkan jiwa-jiwa manusia
Bahawa betapa indahnya ciptaanNya

Tiada ulasan: