Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Selasa, 24 Februari 2015

TERGAMAKNYA

Gila
Bodoh
Syaitannya
Kuasai mindamu
Syirik sifat pegangan
Tuhan jauh kau tinggalkan
Bangga diri menempah nerakamu
Keji
Bongkak
Dajal sikap
Iblis rasuki hati
Hingga lupa batas
Nilai kemanusiaan Tuhan
Tinggalkan nilai kasih insani
Hina
Lemah
Serabut fikir
Hati suci gadis
Kau beri ilmu pengasih
Minda perawan kau musnahkan
Buat dirinya tidak tenteram menderita
Sanggupnya
Topenganmu
Lakukan keji
Baik di depan
Menikamnya
Bunuh rohnya
Jiwa sucinya
Tidak tenang
Roh pujaanmu
Ilmu jin siammu
Buat hatinya resah
Buat mindanya tak tentu
Puaskah hatimu jembalang
Sekarang dirimu ketawa girang
Azab kubur menunggu pengadilan
Bahawa setiap perbuatan ada balasan 


Pena Sepi@
Aki Manang Remaung
Beluran,Sabah
01022015
5.15 am

Tiada ulasan: