Renungan...

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Selasa, 24 Februari 2015

PEWARIS TAKHTA

Gah
Mercu
Puncak
Terbinanya
Empayar niaga
Warisan keluarga
Kukuh persada dunia
Rangkaian berkembang
Bijak mencuri seribu peluang
Hadapi risiko jutanya labur wang
Kuat
Tekun
Berusaha
Jatuh bangun
Sudah jadi biasa
Bersaing jadi lumrah
Jatuhkan talian berdarah
Singkir rakan dan dimarah
Nafsu bolot harta dan maruah
Belakang kira sebab dan munasabah
Tamak haloba kuasai
Keluarga sudah benci
Sanggup sumpah caci
Rebut harta sana sini
Jatuhkan sesama diri
Rasuah jadi musibah
Gadaikan erti maruah
Resahnya dan gelisah
Imanmu kuat jadi goyah
Ada apa pada harta dunia ini
Bila hati tidak tenang gembira
Bila keluarga berpecah belahnya
Hilang pedoman terang sinar Tuhan
Ingatlah dunia ini kita pinjam sahaja
Sampai waktu harta itu tidak bermakna


Pena Sepi@
Aki Manang Remaung
Beluran, Sabah
11022015
3.43 pm

Tiada ulasan: